MAKSUD
RETORIK
Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian
bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan.
Menurut Abu Hassan, retorik merupakan satu
seni gaya penulisan secara berkesan yang bertujuan untuk mempengaruhi khalayak
iaitu individu yang berada di persekitarannya.
Menurut Gorys Keraf -
istilah yang secara tradisional diberikan pada cara pemakaian bahasa sebagai
seni didasarkan pada pengetahuan yang tersusun baik.
Plato pula dalam
bukunya,Pheadrus - retorik merupakan wacana yang rasional dan
diletakkan sebagai seni yang digunakan secara meluas dalam aktiviti pidato yang
merupakan satu-satunya saluran penyampaian idea, fikiran dan maklumat.
Aristotle - seni
pemujukan dan merupakan disiplin yang lengkap tentang teknik, keadah dan amalan
menghasilkan pengucapan yang benar dan berkesan.
retorik dapat diketahui
melalui dua aspek penting iaitu pengetahuan tentang bahasa dan penggunaannya
yang baik.
Ringkasnya, retorik
bermaksud keindahan seni pemakaian bahasa yang digunakan oleh penulis/penutur
untuk menzahirkan buah fikiran ataupun menyampaikan pendapat didasari dengan
bahasa yang indah dan teratur.
MAKSUD
BAHASA MELAYU KLASIK
Menurut Kamus Dewan (1986), perkataan klasik sebagai kesenian atau
kesusasteraan yang lama atau yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi
terpakai.
Asmah Hj.Omar (1993), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu
dinamakan bahasa Melayu Klasik”.
Bahasa Melayu klasik pula menurut Ismail Hussein (1966), “ pembahagian
bahasa Melayu Klasik di buat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan
bahasa Melayu”
Menurut Ismail Hussein
(1966), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14 dan beliau
menyebutnya sebagai zaman peralihan apabila di seluruh kepulauan Melayu setelah
kedatangan agama Islam.
Kenyataan ini disokong dengan bukti catatan
Marco Polo tentang pengislaman Pasai pada tahun 1292M sewaktu beliau melawat
Sumatera Utara.
permulaan bahasa Melayu
klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka
dan bahasa Melayu klasik menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan,
perdagangan, dan penyebaran agama Islam.
JENIS RETORIK
•
Pemerian
•
penggunaan
bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea.
•
bertujuan
menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar
•
Penceritaan
•
merupakan
satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun
lisan.
•
Penerangan
•
penerangan
tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu
langkah yang lain.
•
Pendedahan
•
mendedah sesuatu atau menyingkap atau memapar atau
menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci.
•
untuk
memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan
berkesan
•
Penghujahan
•
Retorik
ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu
perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan yang bersifat
akademik.
•
Pemujukan
•
gunakan
bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya
mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan.
Penggunaan
Retorik dalam Hikayat Abdullah & Hikayat Tuhfat Al-Nafis
Retorik Penceritaan
·
Tuan
Raffles datang ke Melaka. Setelah berbincang dan bersetuju, dimintanya Kolonel
Farquhar belayar ke Singapura untuk melaksanakan kerja tersebut. Ketika itu
Tuan Raffles telah diarahkan pergi ke Aceh oleh Tuan Jenderal untuk mendamaikan
pertelingkahan di antara Aceh Pidir dengan Teluk Semawi yang hendak berperang. (Hikayat
Abdullah;ms 155)
Retorik Pemerian
• Tuan Furquhar sudah lama bersahabat dengan Tengku Long,
putera Sultan Mahmud. Semasa dia di Melaka, khabar yang kudengar mengatakan
Tengku Long sudah mengambil wang daripada Kolonel Farquhar. (Hikayat
Abdullah; ms 154)
• Kawasan itu semak belaka. Hanya di padang itulah tiada
berhutan besar, tetapi dipenuhi pokok-pokok ambung-ambung, malapari, bulangan
dan tulang-tulang kayu. Di seberang sungai kelihatan pokok-pokok bakau,
api-api, buta-buta, jeruju dan tulang-tulangnya sahaja. Ada sebuah bukit yang
tinggi di hujung tanjung Kuala Singapura.
(Hikayat Abdullah; ms161)
·
Maka lalu dikeluarinya oleh orang Siak
(itu), serta orang Siantan, mana-mana (yang) sebelah dia. Maka lalulah
(beramuk-amukan mula-mulanya), berbedil-bedilan dengan meriam (dan) lela.
Kemudian berapat berbedi(-bedil)an dengan senapang (dan) pemuras. Kemudian
berapat (bercencangkan kelewang dan pedang dan) bertikamkan (lembing, tombak.
Kemudian berapat bertikamkan) keris (pendek, ada yang bertikam bercengkeng
pinggang sama seorang). Maka sangat ramainya (perang itu), kerana sama(sama)
tiada mau undur (anak-anak Selangor dengan anak Siak)”.(Tuhfat al Nafis;ms279)
RETORIK
PENDEDAHAN
·
“Syahadan apabila mangkatlah ia
menggantikan kerajaannya puteranya yang bernama Raja Mahmud bergelar Sultan
Mahmud Syah. Maka masa kerajaan baginda inilah, ia membunuh saudaranya itu,
iaitu yang berama Raja Zainal, kerana Raja Zainal itu baik parasnya cantik
manis, memberi ghairat segala hati perempuan melihatnya. Dan banyaklah
anak-anak orang Melaka berahi akan dia hingga anak isteri orang tiadalah
berketentuan mengidah Raja Zainal itu dengan bunga bergubah dan sirih bersulur.
(Tuhfat al Nafis ; ms 134)
- · Akan tetapi, semenjak aku telah mendapat pelajaran dan akal sedikit-sedikit serta membaca kitab-kitab, tambahan pula telah bercampur-campur dengan orang berakal, orang putih, maka bahawasanya kuketahuilah sekalian itu bohong, lagipun penipu besar, adanya. (Hikayat Abdullah; ms 114)
Retorik
Penerangan
·
Maka kulihat sifat orangnya pendek dan
mukanya bundar dan rambutnya putih dan tubuhnya sederhana. (Hikayat Abdullah;
ms 79)
RETORIK
PEMUJUKAN
·
Maka berkatalah Pengeran Dipati itu
kepada Gusti Jameril, “Adapun cucuku ini aku hendak (ambil) buat menantu.
Cucuku pilihlah anaku yang dua orang itu mana-mana suka cucuku.” Maka jawab
Gusti Jameril, “adapun (yang) seperti kehendak nenda belumlah patik boleh
menentukan bermohonlah patik mengadap paduka anak anda Pangeran Emas Seri
Nagara dahulu.” (Tuhfat al Nafis; ms232)
GAYA
BAHASA
SKEMA
PENGGUGURAN
Asidenton- pengguguran
kata hubung.
makan tak kenyang,
tidur tak lena (ms 13)
SKEMA
PERULANGAN
Anafora- pengulangan
perkataan yang sama pada permulaan klausa.
Dia ketakutan melihat
ramai orang berhampiran perahunya, lalu terjun ke laut ketika ombak besar. Dia
hilang dibawa arus ke laut. (ms 160-161)
SKEMA
RAGAMAN
Khusus –Umum
Bukti :
Maka dalam hal itu
bapaku pun mendapat sakit payah di Sungai Baru, lalu pergilah segala adik kakak
dari Melaka mengambil akan dia… (ms8)
Umum-Khusus
Bukti :
…Tuan Sekretaries
Gobermen ke Melaka menyuruhkan bapaku pergi ke Riau dan Lingga, Pahang,
Terengganu…. (ms 9)
MAJAZ
memindahkan perkataan
hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya hubungan dan
petunjuk.
Majaz
Pertautan-hubungan pertautan makna sama ada yang bersifat simbolik,
perumpamaan/tamsilan.
Disfemisme :kata-kata kasar untuk tujuan tertentu.
Bukti :
Syahadan, maka dengan bodoh yang demikianlah kebanyakan surat-surat dan hikayat-hikayat dahulu kala yang dalam kebanyakan negeri Melaka disuruh gurunya bakarkan… (ms 309).
Disfemisme :kata-kata kasar untuk tujuan tertentu.
Bukti :
Syahadan, maka dengan bodoh yang demikianlah kebanyakan surat-surat dan hikayat-hikayat dahulu kala yang dalam kebanyakan negeri Melaka disuruh gurunya bakarkan… (ms 309).
Majaz Perbandingan-
penggunaan unsur-unsur bahasa yang bersifat membandingkan 2 hal pada hal
berlainan ataupun sengaja dianggap sama.
Simile
– perbandingan secara langsung.
Bukti :
Seperti meniup api
dalam air (ms15)
Seperti menatang minyak
yang penuh (ms15)
Seperti bergantung di
rambut sehelai, mati hidup kembali, nyawa pergi nyawa datang…(ms 13)
Hiperbola
Bukti: Sebab
itulah saya membuangkan diri ke pulau di tengah laut ini, tuan. (ms 156)
Personafikasi
Bukti: Tuan Farquhar
pergi berteduh di bawah sepohon kayu kelat di tengah padang itu. (ms 156)
.
No comments:
Post a Comment