- HIKAYAT ABDULLAH
ULASAN HIKAYAT ABDULLAH
Hikayat Abdullah Munsyi merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan kehidupan penduduk negeri Melaka. Keadaan ini berlaku dalam tahun 1800 hingga tahun 1840-an. Peristiwa yang berlaku dialami, dilihat dan didengar sendiri oleh Abdullah Munsyi (Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi).Hikayat Abdullah bukan berupa penulisan sejarah atau politik yang tulin. Buku tersebut tidak membentangkan suatu analisis sejarah yang mengesahkan pergolakan politik dan pemerintahan. Tiada sebarang tarikh yang spesifik atau releven dimuatkan dalam kisah-kisah yang dihuraikan oleh beliau.
Hikayat Abdullah mengandungi riwayat hidup Abdullah, keturunan, perihal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan, serta minat dan latar belakang keluarga beliau. Namun semua itu hanya terkandung pada permulaan hikayat ini sahaja iaitu sebagian kecil sahaja daripada penceritaan Hikayat Abdullah. Bagaimanapun, sesetengah tokoh sastera atau sejarah berpendapat bahawa Hikayat Abdullah boleh diklasifikasikan sebagai sebuah penulisan autobiografi.Sebahagian besar yang dikisahkan di dalam Hikayat Abdullah adalah berkaitan peristiwa harian terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam kerajaan atau di luar kerajaan, selain itu, penceritaan ini juga berhubungan tentang penduduk tempatan dengan pemerintah. Oleh sebab itu, terdapat tokoh sastera yang berpendapat kurang tepat jika menyifatkan buku tersebut sebagai autobiografi.
Dalam Hikayat Abdullah ini juga, Abdullah sering menurunkan pemikiran dan falsafah beliau terhadap beberapa isi. Misalnya berkenaan dengan bahasa Melayu, berkenaan sikap orang Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan berkenaan sistem pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan bersistem serta teratur. Hikayat ini juga cuba memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa beliau tinggal di Melaka.
Pendekatan sejarah sosial ini cuba melihat sejarah bukan dari sudut pergolakan politik, tetapi lebih menumpukan sudut perhubungan dalam masyarakat. Antara aspek yang menjadi fokus ialah corak pergaulan dan adat resam, budaya serta perhubungan antara masyarakat, sistem ekonomi, pendidikan, sebutan dalam bahasa, corak pemikiran serta keupayaan masyarakat dan sebagainya. Rangkuman sosial ini juga meliputi perhubungan para penduduk dengan pihak pemerintah dalam sesuatu zaman. Oleh yang demikian, sudut sejarah sosial lebih bersifat neutral, tidak berat sebelah dan tidak prejudis. Sejarah sosial tidak dipengaruhi unsur ‘siapa yang benar, siapa yang salah’ kerana segala peristiwa yang telah berlaku itu, memang benar-benar berlaku, berpadanan dengan suasana persekitaran dan corak pemerintahan serta politik sezaman. Semua ini menjadi sebagian daripada apa yang dikatakan dan diakui sebagai fakta-fakta sejarah.Segala peristiwa yang dilihat, didengar dan dialami oleh beliau, iaitu kisah-kisah harian yang berlaku di Bandar Melaka sepanjang tempoh kira-kira dari tahun 1800 sehingga 1840, cuba dipaparkan di dalam hikayat ini.
Pendekatan sejarah sosial ini cuba melihat sejarah bukan dari sudut pergolakan politik, tetapi lebih menumpukan sudut perhubungan dalam masyarakat. Antara aspek yang menjadi fokus ialah corak pergaulan dan adat resam, budaya serta perhubungan antara masyarakat, sistem ekonomi, pendidikan, sebutan dalam bahasa, corak pemikiran serta keupayaan masyarakat dan sebagainya. Rangkuman sosial ini juga meliputi perhubungan para penduduk dengan pihak pemerintah dalam sesuatu zaman. Oleh yang demikian, sudut sejarah sosial lebih bersifat neutral, tidak berat sebelah dan tidak prejudis. Sejarah sosial tidak dipengaruhi unsur ‘siapa yang benar, siapa yang salah’ kerana segala peristiwa yang telah berlaku itu, memang benar-benar berlaku, berpadanan dengan suasana persekitaran dan corak pemerintahan serta politik sezaman. Semua ini menjadi sebagian daripada apa yang dikatakan dan diakui sebagai fakta-fakta sejarah.Segala peristiwa yang dilihat, didengar dan dialami oleh beliau, iaitu kisah-kisah harian yang berlaku di Bandar Melaka sepanjang tempoh kira-kira dari tahun 1800 sehingga 1840, cuba dipaparkan di dalam hikayat ini.
- SULALATUS SALATIN

ULASAN SULALATUS SALATIN
Sulalatus Salatin menceritakan tentang raja-raja Melaka seramai sepuluh orang yang memerintah Melaka. Tun Seri Lanang menceritakan seorang demi seorang daripada Melaka mencapai zaman kegemilangan hinggalah Melaka menuju zaman kejatuhannya. Pada cerita terakhir dikisahkan angkatan Peringgi yang diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque menyerang Melaka. Akhirnya Melaka tewas kepada Peringgi dan menyebabkan Sultan Mahmud lari ke negeri Pahang. Sulalatus Salatin memaparkan 34 kisah yang meyingkap mengenai pemerintahan Melayu Melaka dan kisah-kisah yang boleh dijadikan ikhtibar oleh masyarakat Melayu. Kisah-kisah yang diceritakan dalam buku ini bercampur aduk di antara perkara yang betul-betul benar dan mitos-mitos yang dipercayai oleh masyarakat Melayu. Contohnya perkara yang betul-betul benar adalah mengenai zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan perkara-perkara mitos pula ialah mengenai tulah raja. Tulah raja yang ditulis hanyalah mitos dan perkara mengenai tulah ini di tulis supaya rakyat akan akan takut kepada raja dan seterusnya mereka akan patuh dan taat kepada perintah raja
Peristiwa yang berlaku di dalam Sulalatus Salatin ini berkisarkan tentang latar tempat yang luas dan tempoh waktu yang agak panjang. Latar tempat yang diceritakan di dalam Hikayat Sejarah Melayu ini tidak hanya berfokus di negeri Melaka semata-mata malahan turut berlaku di tempat-tempat lain seperti Majapahit, Siam, China,Keling dan sebagainya. Manakala latar masa perkembangan cerita di dalam hikayat ini juga mengambil masa yang lama iaitu melebihi seratus tahun. Ianya bermula dari awal zaman pembukaan negeri Melaka sehinggalah negeri Melaka jatuh ke tangan Feringgi pada tahun 1511.Pengkisahan yang berlaku adalah di sekitar raja-raja Melayu bertujuan untuk menggambarkan kedudukan dan kebesaran raja-raja Melayu Melaka yang memerintah dan keagungan yang diperintah oleh mereka.
- HIKAYAT HANG TUAH

ULASAN HIKAYAT HANG TUAH
Hikayat ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Hang Tuah, anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Merekat tinggal di Sungai Duyung. Pada saat itu, semua penduduk di Sungai Duyung telah mendengar mendengar cerita tentang kebaikan Raja Bintan terhadap rakyatnya. Lantas, Hang Mahmud mengajak isterinya, Dang Merdu untuk berhijrah ke sana kerana kehidupan mereka yang miskin bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan menjalani hidup yang lebih baik lagi di Bintan. Pada malam harinya, Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit dan cahayanya bersinar penuh di atas kepala Hang Tuah.
Semasa berumur sepuluh tahun, Hang Tuah bersahabat baik dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka digelar “Lima Sahabat”. Semasa Hang Tuah dan sahabatnya belayar ke Pulau Tinggi, mereka telah terserempak dengan sekumpulan lanun. Mereka telah diserang oleh lanun tersebut dan mereka telah berjaya mengalahkan lanun-lanun tesebut. Hang Tuah lima sahabat telah berguru dengan Aria Putera di Bukit Panchalusa selama tujuh hari. Setelah itu, mereka perlu meneruskan perguruan mereka dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana, Majapahit apabila berumur 23 tahun. Sifat kepahlawanan Hang Tuah mula terserlah apabila Hang Tuah berjaya membunuh orang mengamuk yang cuba membunuh Bendahara. Oleh kerana keberanian Hang Tuah dan sahabatnya membunuh pengamuk itu, mereka telah dilantik menjadi Biduanda Raja.
Kegagahan dan keperkasaan semakin jelas diperlihatkan apabila Hang Tuah berjaya mengalahkan Taming Sari ketika membawa rombongan meminang Puteri Majapahit iaitu Raden Mas Ayu. Taming Sari merupakan pahlawan yang handal dan terbilang di Majapahit. Taming Sari berjaya dikalahkan oleh Hang Tuah yang berjaya menukarkan keris Taming Sari dengan kerisnya dengan menggunakan tipu helah. Hang Tuah telah dikurniakan gelaran Laksamana dan diberi kuasa untuk memerintah Sungai Jemaja.
Peristiwa pembunuhan Hang Tuah telah menimbulkan kemarahan Hang Jebat. Hang Jebat bertindak menderhaka kepada Sultan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Beberapa hulubalang telah diperintahkan untuk membunuh Hang Jebat tetapi gagal. Oleh itu, bendahara telah menceritakan hal sebenarnya dan Hang Tuah telah dipanggil balik daripada tempat persembunyiannya. Akhirnya terjadilah pertikaman antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Dengan tipu helah, akhirnya Hang Tuah telah berjaya membunuh Hang Jebat.
No comments:
Post a Comment