IDEALISME DAN FALSAFAH MELAYU
Pengenalan
Idealisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani, iaitu 'idea' yang bermaksud idea dan 'isme' yang bermaksud ajaran dan fahaman. Manakala, perkataan falsafah mendukung makna mencintai kebijaksanaan yang terdapat dalam bahasa Yunani, iaitu philien(mencintai) dan sophia(kebijaksanaan/pengetahuan). Setiap karya atau penulisan pastinya mempunyai idealisme dan falsafahnya yang tersendiri. Hal ini berkait rapat dengan diri seseorang penulis itu sendiri. Setiap penulis mempunyai kecenderungan tersendiri untuk mengaitkan penulisannya dengan falsafah dan pemikiran tertentu. Misalnya berkaitan dengan idealisme bersumberkan alam, falsafah bersumberkan Islam, falsafah bersumberkan Melayu mahu pun falsafah bahasa. Dalam dunia ketamadunan, banyak karya agung yang dihasilkan yang melambangkan keagungan cipta bangsa Melayu yang menimbulkan identiti dan tradisi dalam dunia penulisan Melayu. Kedua-dua elemen ini diadaptasikan oleh tokoh-tokoh sastera ke dalam karya mereka untuk memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya agung itu. Hal ini demikian kerana, elemen-elemen tersebut amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak pembaca. Dalam pada itu, para pengkarya itu juga menerapkan kedua-dua elemen ini agar para pembaca dapat membuat penganalisisan tentang sesuatu karya tersebut dengan lebih mudah.

Konsep Idealisme
Idealisme dan falsafah
merupakan dua elemen sastera yang saling bertentangan. Penggunaan kedua-dua
elemen ini ke dalam sesuatu karya sastera, iaitu karya agung khususnya amat
popular dalam kalangan pengkarya-pengkarya satu ketika dahulu. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau mencita-citakan
sesuatu dalam bentuk yang ideal (2010: 558). Menurut W.F Hocking pula,
idealisme merupakan realiti yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran,
akal (mind) atau jiwa (selves) dan bukanlah kekuatan atau
kebendaan. Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelas menunjukkan bahawa
idealisme memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif untuk menghasilkan
sesuatu bentuk karya sastera.
Idealisme Bersumberkan Alam
Sesebuah karya seharusnya
memiliki falsafah, pemikiran dan persoalan yang agung dan penting. Hal inilah
yang disebutkan oleh tokoh pengkritik karya sastera, Greek Dionysus Cassius
Longinus. Hal ini membuktikan bahawa sesebuah karya sastera, terutamanya karya
agung pasti memiliki ciri pemikiran tertentu yang juga disebut sebagai
idealisme. Seterusnya, idealisme yang akan dibincangkan dalam karya agung
Melayu adalah idealisme karya yang bersumberkan alam. Perbincangan berdasarkan
idealisme yang bersumberkan alam ini dapat dikategorikan kepada beberapa
pecahan, misalnya berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi dan
sebagainya. Kehidupan manusia tidak lari daripada alam, malah banyak perkara
yang berlaku dalam kehidupan sebagai seorang manusia sering dikaitkan dan diumpamakan
dengan alam ciptaan Tuhan, tidak kira dari segi tumbuhan, haiwan, angkasa,
lautan mahupun hubungan antara masyarakat, iaitu sosialisasi.
Hal ini banyak diungkapkan dalam karya-karya agung Melayu klasik. Mortimer Jerome Adler menyatakan, berdasarkan isu utama berkenaan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia sebagai bentuk hidupan yang berkesinambungan atau jelas berbeza, maka kajian organisma haiwan – anatomi dan fisiologinya – memperoleh banyak kepentingannya (2007: 12). Bukan sahaja pada satu bahagian, malah pada ketika menulis manusia juga tidak dapat lari dari dikaitkan dengan alam. Bagi membuktikan hal ini, jadual di bawah disediakan untuk memaparkan antara contoh karya agung yang penulisan, pemikiran atau idealismenya berhubungkait serta bersumberkan alam.

Konsep Falsafah
Perkataan falsafah berasal
daripada bahasa Yunani atau Greek purba yang mengandungi dua perkataan, iaitu ‘philo’
yang bermaksud ‘cinta’ dan ‘sephia’ yang bermaksud ‘kebijaksanaan’ (Abu
Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003: 1). Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, falsafah bermakna pengetahuan tentang pengertian yang dianggap
sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu lain.
Sungguhpun begitu, dewasa ini takrif yang diutarakan oleh B.A.G Fuller dalam
bukunya A History of Philosophy, iaitu :
“Falsafah boleh ditakrifkan
sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan
(reflective) dan penaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan
kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu
kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang
diambil daripada semua aspek alam wujud atau semesta.”
(Falsafah,
Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu : Suatu Pengenalan, 2001: 1)
Hashim Hj. Musa (1994: 10)
pula menjelaskan falsafah sebagai kajian secara renungan dan spekulatif
terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari
pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. Beliau turut menjelaskan konsep
falsafah yang paling luas dan serba merangkumi, mencukupi keseluruhan
pengetahuan konsepsi manusia tentang semua bidang, cabangan dan menjadikannya
satu keseluruhan, satu gemblengan pengetahuan konsepsi manusia. Oleh hal yang
demikian, maka muncullah cabang-cabang falsafah seperti falsafah sains,
falsafah kesenian dan estetika, falsafah bahasa dan lain-lain lagi.
Jika dilihat di Barat, secara umumnya terdapat empat mazhab falsafah yang boleh dibahagikan kepada falsafah tradisional dan falsafah moden. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003: 24), mazhab falsafah idealisme dan realisme tergolong dalam kategori falsafah tradisional, manakala mazhab falsafah pragmatisme dan eksistensialisme pula tergolong kategori falsafah moden. Plato dalam bukunya bertajuk The Republic, mengemukakan idea bagi mazhab pertama, iaitu idealisme, dengan menerangkan bahawa kebenaran, keindahan dan keadilan boleh dicari menggunakan penaakulan yang berterusan dengan penuh kesedaran bukan daripada kebendaan.

Seterusnya, falsafah realisme pula diasaskan oleh Aristotle, iaitu
murid kepada Plato. Walau bagaimanapun, Aristotle tidak bersetuju dengan
falsafah idealisme kerana beliau beranggapan, kebenaran itu adalah bebas
daripada penggunaan akal semata-mata. Kedua-dua mazhab ini merintis kepada
aliran falsafah moden yang memperkenalkan falsafah pragmatisme atau lebih
dikenali sebagai falsafah orang Amerika. Falsafah ini bertentangan falsafah
tradisional kerana pragmatisme merujuk kepada eksperimentalisme yang berasaskan
perubahan, proses, relativiti serta pembinaan semula. Selepas Perang Dunia
Kedua, muncul falsafah eksistensialisme yang percaya bahawa realiti adalah
sesuatu kewujudan individu. Falsafah ini menekankan pengalaman bebas atau laissez
faire dalam menentukan keputusan, pilihan, dan pembelajaran individu.
Falsafah dalam Islam pula
meletakkan al-Quran dan wahyu sebagai panduan kepada akal manusia dengan
memberatkan akhlak agar dapat melahirkan manusia yang sempurna. Abu Bakar
Nordin dan Ikhsan Othman dalam bukunya bertajuk Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum (2003: 29), menyatakan falsafah adalah tidak bercanggah
dengan kehendak atau prinsip yang terdapat dalam ajaran Islam. Jika sains
adalah mencari kebenaran, falsafah adalah mendekati kebenaran, manakala agama
pula adalah kebenarannya.
Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti ilmu dan nilai. Falsafah juga merupakan pendekatan rasional terhadap sesuatu masalah dan persoalan, di samping satu penyiasatan yang komprehensif dan logik mengenai asas-asas pemikiran semua aktiviti manusia. Tujuan falsafah untuk mencari kebenaran tentang sesuatu permasalahan dengan cara berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Sesuatu perkara itu menjadi persoalan falsafah apabila ia tidak dapat diselesaikan melalui kaedah dan pengamatan sains. Persoalan falsafah lazimnya melibatkan perkara-perkara yang abstrak seperti persoalan konsep dan ideologi. Secara ringkasnya, falsafah merupakan suatu pemikiran yang amat mendalam dan menyelurug terhadap sesuatu perkara dalam usaha mencari kebenaran.

Falsafah bersumberkan Islam
Falsafah karya agung
terutamanya karya agung dunia Melayu turut diilhamkan oleh pengarangnya melalui
agama Islam yang menjadi pegangan agama majoriti bangsa Melayu. Hal ini
dibuktikan melalui sebuah buku daripada Yayasan Karyawan (2000: 13) yang
menyatakan tiga faktor utama terhasilnya karya agung Melayu, iaitu kekuatan
bahasa Melayu, pengaruh Islam, dan peranan istana dan sekolah pondok. Hal ini
membuktikan bahawa falsafah yang terdapat dalam karya agung terdapat juga yang
bersumberkan Islam, iaitu memperlihatkan keislaman dalam penghasilan karya.
Setelah pengaruh agama Hindu menjadi pudar dalam diri masyarakat Melayu, munculnya Islam di dalam dunia Melayu. Sekitar abad ke-12 dan ke-13, beberapa buah kerajaan Melayu-Islam telah ditubuhkan di Perlak (Pasai). Perkara ini menyebabkan berakhirnya pengaruh kerajaan Melayu-Srivijaya yang pada masa tersebut masih dalam kekuatan pengaruh Hindu. Agama Islam seterusnya disebarkan secara meluas, bukan sahaja dalam kalangan alim ulama’ tetapi juga turut disebarkan kepada rakyat.
Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu masih menggunakan bahasa lisan sehinggalah tiba suatu ketika apabila masyarakat Melayu sudah mula mempelajari abjad Arab untuk menulis bahasa Melayu. Dengan bermulanya perkembangan tulisan ini, bermulanya suatu zaman baru dalam dunia Melayu, iaitu zaman perkembangan ilmu dan pemikiran yang didasarkan kepada ajaran agama, iaitu tauhid dan pandangan Islam sejagat. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan istana kerajaan Melayu-Islam pada zaman tersebut yang menjadi pendukung kepada kegiatan penulisan yang membentuk warisan bangsa.
Kitab al-Qur’an merupakan sumber utama kepada falsafah Islam kerana al-Qur’an adalah kitab petunjuk dan rahmat buat sekalian alam. Mohd Rashid Md Idris ada menyatakan bahawa al-Qur’an itu adalah kitab yang Haq dari yang maha Haq, tiada keraguan, tiada kebengkokan, tiada kesilapan dan kesalahan, tiada percanggahan dan pertentangan, kitab yang terpelihara, kitab yang diberkati, kitab yang menjadi cahaya dan penghidup jiwa, kitab yang menjadi penjelas dan penerang, kitab yang menjadi penawar dan pengubat jiwa, dan kitab yang menjadi pemutus kata (2007: 53).
Hal ini membuktikan bahawa Islam dan falsafahnya memberikan seratus peratus keyakinan kepada penganut agamanya. Hal ini juga menyebabkan masyarakat Melayu-Islam sejak dahulu sangat yakin akan kebaikan menurut ajaran seperti yang dinyatakan dalam agamanya. Dengan itu, tidak hairanlah di dalam penulisan pengkarya klasik dahulu kala terutamanya mereka yang beragama Islam seperti Nuruddin al-Raniri, Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji, Munshi Abdullah dan tokoh-tokoh yang lain suka untuk mencetuskan pemikiran berasaskan falsafah Islam dalam karya mereka.

Falsafah bersumberkan
Melayu
Kehidupan masyarakat Melayu
tidak boleh terlepas daripada peraturan dan disiplin. Oleh yang demikian,
mereka menerapkan unsur tersebut di dalam karya mereka. Misalnya, mereka
menekankan konsep budi dalam kehidupan mereka. Konsep budi tersebut pula
terbahagi kepada lima, iaitu budi bahasa, budi pekerti, budi bicara, hati budi
dan akal budi (Mohd Rashid Mohd Idris, 2011: 63). Penerapan unsur-unsur
tersebut dapat diperhatikan dalam contoh yang berikut:
1. Budi bahasa
Budi bahasa dan budi bicara
yang mulia merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana,
bernas dan penuh pengajaran, serta memberikan sumbangan kepada khalayak dan
pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011: 64).
2. Budi Pekerti
Bagi gagasan budi pekerti,
ia lebih terarah kepada akhlak seseorang itu. Namun demikian, unsur kesantunan
masih lagi menjadi akar kepada setiap perlakuan yang dihasilkan oleh seseorang
individu itu. Menurut Mohd Rashid Md. Idris (2011), budi pekerti adalah satu
aspek atau tingkah laku seseorang yang dinilai oleh masyarakat dari sudut baik
dan buruk, atau halus dan kasar. Kelakuan tersebut merangkumi kelakuan yang
bersopan-santun, tertib dan sebagainya.
3. Budi Bicara
Pendefinisian budi yang
seterusnya pula lebih cenderung kepada unsur toleransi dan tolak ansur dalam
setiap perbuatan. Hal ini demikian kerana, kehidupan bermasyarakat yang
mementingkan nilai kerjasama bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman.
Malahan nilai ini turut diterapkan dalam kehidupan berkeluarga khususnya.
4. Hati Budi
Hati budi pula bolehlah
dikaitkan dengan istilah hati yang baik atau baik hati. Untuk melahirkan hati
yang baik, seseorang itu perlu diasuh sejak kecil kerana kesucian hati akan
menentukan perlakuan yang baik, tingkah laku yang bersopan dan akan dihindari
daripada segala sifat-sifat yang negatif dan buruk.
5. Akal Budi
Pertimbangan akal sangat
diperlukan dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, melalui pertimbangan
akal budi yang mementingkan kewarasan fikiran ini akan menentukan sikap
seseorang itu sama ada mampu untuk bertanggungjawab dengan setiap perkara yang
dilakukannya ataupun tidak. Kebiasaannya dalam masyarakat dahulu nilai ini
sangat dipentingkan supaya seseorang individu itu mampu untuk mengurus diri,
keluarga dan juga masyarakat.
Falsafah bahasa
Falsafah bahasa merupakan
gabungan dua perkataan, iaitu falsafah dan bahasa. Namun kedua-dua entiti ini
membawa kepada pemaknaan yang berbeza sama sekali. Falsafah merupakan gabungan
dua kata, iaitu istilah Yunani ‘philo’ (cinta) dan ‘sophos’ (hikmat).
Kebenaran dan keutamaan kata yang dibawa oleh Phytogras ini dapat disimpulkan
sebagai pencinta kebijaksanaan. Bagi pendefinisian bahasa pula, merujuk kepada
sistem lambang dan bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia (Kamus Dewan Edisi keempat, 2010: 106).
Bagi Von Humboldt, iaitu seorang sarjana Jerman bahasa didefinisikan sebagai sintesis bunyi (dalam Mohd Rashid Md Idris, 2012: 8). Melalui pentakrifan yang dibuat dapat dinyatakan kesimpulan bahawa bahasa adalah satu medium yang diguna pakai oleh masyarakat untuk menyampaikan konsep atau lebih tepat lagi untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Namun demikian, penggabungan kedua-dua elemen ini dapat membawa kepada sesuatu bentuk pengetahuan yang lebih unggul. Menurut Hashim Hj, Musa (1996), bidang falsafah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu falsafah linguistik dan falsafah bahasa. Pembicaraan tentang falsafah linguistik merangkumi kepada cakupan dasar falsafah dalam konsep dan istilah linguistik. Hal ini merujuk kepada penelitian tentang kaedah dan amalan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka (Mohd Rashid Md Idris, 2012: 9).
Bagi falsafah bahasa pula, aspek ini meneliti dan memeriksa berasaskan falsafah pengetahuan yang dipanggil conceptual knowledge atau ilmu dalam bentuk konsepsi, yang wujud dalam fikiran secara ilmu (knowledge), logik dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, dapat dirumuskan bahawa falsafah bahasa merupakan bidang yang menelusuri tentang sesuatu aspek bahasa dengan menggunakan konsep pengetahuan dan penggunaan dasar yang lebih mendalam bagi mencari kebenaran dalam setiap aspek yang ingin dikaji.
Rujukan:
2. Buku: Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj Rohani et al (2013). Modul
KRB3063: Penghayatan Karya Agung Melayu. Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. http://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/falsafah-idealisme-dan-pengenalan
3. http://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/falsafah-idealisme-dan-pengenalan
No comments:
Post a Comment